
04/04/2012 (Rabu): Aktiviti kali ini melibatkan cara membuat ikatan. 2 jenis ikatan yang di praktikkan iaitu ikatan buku sila dan ikatan tindih kasih. Sebelum pelajar membuat latihan amali, mereka terlebih dahulu diterangkan cara membuat ikatan tersebut oleh cikgu Norbi. Seterusnya pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang diketuai oleh guru-guru penasihat untuk membantu pelajar membuat ikatan dengan cara yang betul. Kesimpulan aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat ahli pbsm dan lebih kurang 85% ahli dapat melakukannya dengan betul. Untuk perjumpaan seterusnya akan akan diajar pula jenis ikatan yang lain.
Kerjasama antara pelajar dengan guru penasihat sangat baik dan mereka bersama-sama menjalankan aktiviti yang diadakan dengan penuh semangat.


