28/03/2012 (Rabu): Aktiviti PBSM kali ini dijalankan di dalam kelas sahaja iaitu memberi pendedahan kepada ahli tentang jenis luka dan cara merawatnya. Sebelum itu ahli diberi penerangan tentang bahan yang perlu ada di dalam peti pertolongan cemas. Penerangan telah disampaikan oleh cikgu Norbi dan cikgu Hashim serta turut dibantu oleh guru-guru penasihat yang lain.
Selain itu juga sebelum dan selepas aktiviti dijalankan semua ahli dan guru penasihat bersama-sama menyanyikan lagu PBSM dengan penuh semangat mengikut alunan muzik yang di pasang.