SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

PELAN STRATEGIK


PELAN STRATEGIK

Pelan Strategik adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti Teras Pergerakan iaitu:
1. Promosi Prinsip_Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.
2. Pengurusan Bencana
3. Kesihatan dan Penjagaan didalam Masyarakat
4. Pembangunan Organisasi.

Mempromosikan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan. Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan didalam menyebarkan Undang-
Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan Prinsip_prinsip Asas, objektif-objektif strategic berikut telah ditentukan:
i) memainkan peranan yang utama dan diiktiraf didalam mempromosikan UUKA didalam negara ini.

ii) mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain kompenan Pergerakan sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Seville l997, dan dengan Kementerian dan lain-lain agensi.

iii) Bekerjasama degan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa didalam membangunkan garis panduan makanisma penilaian didalam mempromosi UUKA diseluruh Negara.

iv) Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dikalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.
Pengurusan Bencana
Pengurusan Bencana adalah merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan PBSMM. Ia adalah sebagai penanda aras kepada kebolehan dan imej kepada Persatuan. Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut harus diwujudkan:

i) Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula stukturPengurusan Bencana masa kini kepada respon yang lebih baik didalam mengendalikan tindakan bantuan kemanusiaan, bagi kedua-duanya diperingkat tempatan dan antarabangsa.

ii) Memperbaiki kridibiliti dan kemampuan sukarelawan dan kakitangan sebagai profesional yang berkesan entitinya berbekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

iii) Untuk mengwujudkan dan mengekalkan pasukan bantuan diperingakt Cawangan dan peringkat kebangsaan, respons terhadap bencana diperingkat tempatan dan antarabangsa.

iv) Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan, sebagai Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.


Perkhidmatan Ambulans

Perkhidmatan Ambulan adalah satu perkhidmatan yang tersangat mustahak dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM. Sejak tahun 1960n lagi, perkhimatan asas yang disediakan oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan. Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama keseluruh negara, secara strategiknya perkara-perkara berikut telah dikenalpasti:

i) Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan mengembangkan perkhidmatan keseluruh Negara untuk orang awam dengan percuma dan mempunyai sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih efisyen dan professional.

ii) Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak peraturan perundangan, bertujuan mempertingkatkan Status Perkhidmatan Ambulan dari Kelas ‘B’ kepada Perkhidmatan Ambulan Kelas ‘A’ diseluruh negara.


Kesihatan dan Penjagaan Masyarakat

Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti telah begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan tujuan Pergerakan ini dimana memberi perlindungan kepada maruah manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada tindak tanduk kemanusiaan diseluruh dunia. Berikut adalah objektif-objektif Strategik yang digariskan:

i) Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin didalam bandar dan diluar bandar.

ii) Menjengkau sampai kepada mereka yang memerlukan terutamanya dikawasan yang dilanda bencana, khususnya didalam Program-Program Pemulihan Kesihatan dan pelbagai Kecemasan dan Program penstrukturan semula .

iii) Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi Kerajaan, Badan-Badan Korporat dan didalam Pergerakan bagi Projek-Projek Penjagaan Kesihatan dan berteraskan Masyarakat.


Program Darah

Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada mereka yang memerlukan adakan merupakan satu aktiviti yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini. Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan untuk mengagihkan darah, sementara itu PBSMM masih bertahan sebagai Sebuah Organisasi yang menrekrut dan memberikan Perkhidmatan kepada penderma-penderma darah. Hingga ke saat ini objektif strategik Persatuan adalah seperti berikut:-

i) menjadi sebuah pertubuhan yang unggul didalam mendaftarkan dan mepromosi tentang darah yang selamat.

ii) mempastikan bekalan darah yang selamat sentiasa dikoordinasikan dengan baik dan berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Latihan Pertolongan Cemas

PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus Pertolongan Cemas daripada Asas kepada Peringkat Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary Resuscitation) Atau CPR. Keutamaan untuk mempromosi Program “ Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah” untuk melahirkan Penolong Cemas yang terlatih didalam setiap keluarga diMalaysia menjelang tahun 2010 dan menumpukan program Pertolongan Cemas kepada
pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).


Pembangunan Organisasi

Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan obilisasi sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang memberikan faedah yang berkesan. Strategik objektif-objektif adalah adalah seperti berikut:-

i) mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan

ii) mencapai ISO Standards disemua peringkat pengurusan, menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator dan memantau pemberian perkhidmatan serta tujuan-tujuan Persatuan.

iii) membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan
dan berdaya saing dengan sukaralawan-sukarelawan dan kakitangan PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.

iv) menyumbang didalam memperkukuhkan Pergerakan dengan bekerjasama dengan lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan juga dengan Persekutuan dan JPMA.


Kewangan

Bagi mempastikan bebas daripada cengkaman kewangan, PBSMM akan melancarkan strategi-strategi berikut:

i) Membangunkan Tabungan Induk.

ii) Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih baik


Institut PBSMM

Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan berkualiti adalah merupakan satu proses yang berterusan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektifobjektif strategik:

i) Program-program latihan akan diinstitusikan dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN (Lembaga Ekreditasi Negara).

ii) Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan Agensi-Agensi kerajaan didalam menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.

iii) Menyediakan “focal point” didalam pembangunan kecekapan dan Pusat Penyelidikan didalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.


Belia

Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan Sabit Merah disepadukan kedalam kerja-kerja didalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi mempromosi nilai-nilai kemanusiaan. Kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan persahabatan antarabangsa. Objektif strategic adalah seperti berikut:

i) Memperkukuhkan Faktor Belia PBSMM dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kecekapan-kecekapan.

ii) Menggerakan kuasa kemanusiaan dikalangan belia bagi perkhidmatan berkesan dan mengambil bahagian didalam projek-projek berteraskan masyarakat bagi faedah mereka yang memerlukan.

Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini