SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

Aktiviti PBSM: Mengenalpasti bahan dalam peti pertolongan cemas dan jenis luka serta cara merawat


28/03/2012 (Rabu): Aktiviti PBSM kali ini dijalankan di dalam kelas sahaja iaitu memberi pendedahan kepada ahli tentang jenis luka dan cara merawatnya. Sebelum itu ahli diberi penerangan tentang bahan yang perlu ada di dalam peti pertolongan cemas. Penerangan telah disampaikan oleh cikgu Norbi dan cikgu Hashim serta turut dibantu oleh guru-guru penasihat yang lain.



Selain itu juga sebelum dan selepas aktiviti dijalankan semua ahli dan guru penasihat bersama-sama menyanyikan lagu PBSM dengan penuh semangat mengikut alunan muzik yang di pasang.

Diakhir aktiviti. 3 orang pelajar berkongsi pengalaman ketika menghadapi saat kecemesan. Dan untuk aktiviti seterusnya pula akan dijalankan diluar kelas yang melibatkan aktiviti menguji kemahiran ahli dalam menghadapi situasi kecemasan.

Aktiviti Pertolongan Cemas Siri 1


21/03/2012 (Rabu):- Pada kali ini PBSM telah menjalankan aktiviti pertolongan cemas yang menggunakan kain anduh. Sebelum aktiviti dijalankan semua ahli menyanyikan lagu PBSM dan penerangan teori cara menggunakan kain anduh yang disampaikan oleh cikgu Ahmad Zuliadi. Pertolongan cemas ini sesuai dipraktikkan semasa memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan. Kehadiran semua guru penasihat turut membantu aktiviti berjalan dengan lancar. Semua ahli menjalankan amali dengan penuh semangat dan kerjasama yang baik. Aktiviti bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.30 petang. Antara aktiviti melibatakan kain anduh ialah balutan tangan, lengan dan kepala. Ahli PBSM telah dibantu oleh guru-guru penasihat semasa aktiviti dijalankan. Berdasarkan pemerhatian 90% ahli dapat melakukan aktiviti pertolongan cemas yang menggunakan kain anduh.



1. BALUTAN PADA KEPALA




2. BALUTAN PADA TANGAN




3. BALUTAN PADA LENGAN

Aktiviti Pertolongan Cemas: Kain Anduh

Antara Kegunaan kain anduh.




Perjumpaan Ahli-ahli PBSM

Pada 3 Mac 2012 (sabtu) diadakan perjumpaan bersama ahlli PBSM bertempat di kelas tahun 2 Delima SKPTLDM. Turut dihadiri oleh semua guru-guru penasihat. Aktiviti yang dijalankan ialah seperti perlantikkan AJK, menyiapkan buku log (ikrar, lagu dan prinsip pbsm). Selepas ahli berehat lebih kurang 10 minit, diteruskan dengan aktiviti kawad yang dikendalikan oleh semua guru-guru penasihat. Perjumpaan kali ini yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.
AHLI-AHLI PBSM MENJALANI LATIHAN KAWAD YANG DIKENDALIKAN OLEH GURU-GURU PENASIHAT.



PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI 2012


AHLI-AHLI SEDANG MENCATAT NOTA YANG DISEDIAKAN DI DALAM BUKU LOG


AHLI-AHLI DAN GURU PENASIHAT SEDANG MENYANYIKAN LAGU PBSM DENGAN PENUH BERSEMANGAT

Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini