SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

AKTIVITI PBSM:KESELAMATAN JALAN RAYA

17/4/2013: Aktiviti PBSM pada minggu ini diteruskan dimana kali ini semua ahli mempelajari tajuk yang berkaitan dengan keselamatan jaan raya iaitu mengenalpasti simbol-simbol yag terdapat dijalan raya seperti dilarang masuk, dilarang pakir, zon had laju dan  sebagainya. Tajuk keselamatan jalan raya di terangkan secara jelas oleh guru penasihat dan selepas itu semua ahli dikehendaki melukis simbol-simbol tersebut didalam buku log masing-masing sebagai panduan  semasa menunggang basikal ke sekolah.








Aktiviti Permainan Berkumpulan

10/4/2013: Aktiviti PBSM pada hari ini  ialah bertujuan  menyemai sikap kerjasama dan memahami komunikasi yang berkesan melalui permainan  secara berkumpulan.  Dalam aktiviti yang dijalankan setiap ahli memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kumpulan mereka memenangi setiap acara yang dijalankan. Permainan yang dijalankan seperti  telefon karat dan membawa straw secara bergilir-gilir mengikut masa yang ditetapkan












AKTIVITI PBSM: MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

3/4/2013: Aktiviti PBSM pada kali ini ialah mengenalpasti langkah-langkah menjaga kebersihan diri dan mengenali jenis-jenis kuman yang terdapat pada tangan yang kotor serta langkah-langkah mencegahnya. Tajuk yang dibincangkan kali ini diterangkan secara jelas oleh guru penasihat iaitu cikgu Norbi, Cikgu Herda Yanti, Cikgu Zuhana dan Cikgu Zuliadi. Seterusnya semua ahli menjalankan aktiviti menampal gambar jenis-jenis kuman dan penyakit yang dibawanya di dalam buku log masing-masing.















Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini