28/8/2013: Sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke -56 telah diadakan aktiviti jejak merdeka yang melibatkan semua ahli PBSM. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan beberapa soalan yang perlu dijawab. Mereka akan bergerak dalam bentuk kumpulan untuk mendapatkan jawapan yang terdapat di sekitar sekolah seperti di papan kenyataan, sudut maklumat dan sebagainya. Tujuan aktiviti ini dijalankan bertujuan memastikan ahli-ahli PBSM menghargai pengorbanan dan sumbangan para pejuang negara, mengenalpasti simbol-simbol dan bendera negeri dan sebagainya.