17/4/2013: Aktiviti PBSM pada minggu ini diteruskan dimana
kali ini semua ahli mempelajari tajuk yang berkaitan dengan keselamatan jaan
raya iaitu mengenalpasti simbol-simbol yag terdapat dijalan raya seperti
dilarang masuk, dilarang pakir, zon had laju dan sebagainya. Tajuk keselamatan jalan raya di
terangkan secara jelas oleh guru penasihat dan selepas itu semua ahli
dikehendaki melukis simbol-simbol tersebut didalam buku log masing-masing
sebagai panduan semasa menunggang basikal
ke sekolah.
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM 31200 LUMUT PERAK
AKTIVITI KAMI
Aktiviti Permainan Berkumpulan
10/4/2013: Aktiviti PBSM pada hari ini ialah bertujuan menyemai sikap kerjasama dan memahami
komunikasi yang berkesan melalui permainan
secara berkumpulan. Dalam
aktiviti yang dijalankan setiap ahli memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan kumpulan mereka memenangi setiap acara yang dijalankan. Permainan
yang dijalankan seperti telefon karat
dan membawa straw secara bergilir-gilir mengikut masa yang ditetapkan
Dicatat oleh
ubk skptldm
AKTIVITI PBSM: MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
3/4/2013: Aktiviti PBSM pada kali ini ialah mengenalpasti langkah-langkah menjaga kebersihan diri dan mengenali jenis-jenis kuman yang terdapat pada tangan yang kotor serta langkah-langkah mencegahnya. Tajuk yang dibincangkan kali ini diterangkan secara jelas oleh guru penasihat iaitu cikgu Norbi, Cikgu Herda Yanti, Cikgu Zuhana dan Cikgu Zuliadi. Seterusnya semua ahli menjalankan aktiviti menampal gambar jenis-jenis kuman dan penyakit yang dibawanya di dalam buku log masing-masing.
Dicatat oleh
ubk skptldm
Langgan:
Catatan (Atom)
Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM
Untuk semak keahlian sila klik disini