SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

MEMAHAMI DAN MENGENAL ALAT PEMADAM API

23/1/2013 (Rabu): Ahli PBSM diajar oleh guru penasihat untuk memahami dan mengenal bahagian yang terdapat pada alat pemadam api. Pembelajaran pada hari ini bertujuan mendedahkan kepada ahli sebagai langkah awal menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api.

Kehadiran ahli pada hari ini sangat memuaskan dan mereka memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang mengikuti kelas yang bermula jam 2.00 pm hingga 3.30 petang.
GURU PENASIHAT PBSM MEMBERI NOTA TENTANG ALAT PEMADAM API KEPADA AHLI

AHLI PBSM MENYALIN NOTA YANG DIBERIKAN DENGAN TEKUN

GURU PRAKTIKUM CIK LIANA TURUT MEMBANTU GURU PENASIHAT MEMBERI NOTA TENTANG ALAT PEMADAM API



SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH GURU PENASIHAT PBSM SANGAT BAIK PADA SETIAP KALI PERJUMPAAN MINGGUAN

AKTIVITI PBSM

16/01/2013: Aktiviti PBSM: Memahami sejarah PBSM, 
Ahli PBSM yag baru menyalin nota yang diberikan oleh guru penasihat tentang sejarah PBSM

Antara Ahli baru menyertai Badan Uniform PBSM kebanyakkan terdiri daripad tahun 3

Ahli PBSM menulis lirik lagu PBSM sebelum dinyanyikan secara beramai-ramai dengan penuh semangat.

Guru Penasihat PBSM menerangkan secara jelas tentang maksud bendera PBSm kepada ahli baru dan lama

Terima kasih kepada 2 orang guru pratikum Prasekolah yang turut membantu guru penasihat PBSM pada pertemuan kali ini

PERJUMPAAN AHLI PBSM KALI-1 SESI TAHUN 2013

9/1/2013(Rabu): Perjumpaan kali pertama ahli PBSM diadakan di kelas 2 Delima yang dihadiri oleh 52 orang ahli baru dan lama serta guru penasihat PBSM. Perjumpaan bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang. Pertemuan kali pertama ini melibatkan aktiviti pengenalan PBSM, mengenali guru penasihat, perlantikkan AJK yang baru dan lain-lain lagi.

Pada tahun ini ramai ahli-ahli baru yang mendaftar untuk menyertai PBSM dan dengan penyertaan mereka PBSM perlu kepada perancangan yang rapi dan berkesan untuk memberi maklumat dan mengharapkan objektif PBSM tercapai untuk tahun 2013.

cikgu Zuhana menulis nama pelajar yang dilantik sebagai AJK bagi sesi 2013

Kehadiran ahli PBSM yang lama dan baru sangat memuaskan. Dan semoga diteruskan setiap kali perjumpaan bagi memudahkan PBSM menjalankan aktiviti.


10 Orang Pelajar yang terdiri daripada tahun 3,4,5 dan 6 telah dilantik sebagai AJK PBSM bagi sesi tahun 2013. 



Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini