PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM 31200 LUMUT PERAK
AKTIVITI KAMI
AKTIVITI PBSM: Belajar Ikatan
04/04/2012 (Rabu): Aktiviti kali ini melibatkan cara membuat ikatan. 2 jenis ikatan yang di praktikkan iaitu ikatan buku sila dan ikatan tindih kasih. Sebelum pelajar membuat latihan amali, mereka terlebih dahulu diterangkan cara membuat ikatan tersebut oleh cikgu Norbi. Seterusnya pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang diketuai oleh guru-guru penasihat untuk membantu pelajar membuat ikatan dengan cara yang betul. Kesimpulan aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat ahli pbsm dan lebih kurang 85% ahli dapat melakukannya dengan betul. Untuk perjumpaan seterusnya akan akan diajar pula jenis ikatan yang lain.
Kerjasama antara pelajar dengan guru penasihat sangat baik dan mereka bersama-sama menjalankan aktiviti yang diadakan dengan penuh semangat.
Guru Besar En.Ramlan Bin Hussin juga turut memberi sokongan dan bantuan kepada ahli PBSM menjalankan aktiviti ikatan
Ahli PBSM tekun menjalankan aktiviti dan amali membuat ikatan buku sila dan tindih kasih
Pelajar menggunting dan menampal nota ikatan di dalam buku log masing-masing sebelum amali membuat ikatan dijalankan.
Dicatat oleh
ubk skptldm
Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM
Untuk semak keahlian sila klik disini