SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

Aktiviti PBSM




02/05/2012 (Rabu): Aktiviti PBSM kali ini ialah penyelesaian masalah dan kreativiti ahli dalam membuat sesuatu yang lebih kreatif. Pada permulaan aktiviti semua ahli seperti biasa menyanyikan lagu PBSM secara beramai-ramai tanpa muzik yang dimainkan sebelum ini.

Seterusnya guru penasihat en.Zuliadi memberi beberapa soalan teka-teki menguji minda ahli untuk membuka minda mereka. Seterusnya ahli membuat aktiviti untuk menguji kreativiti mereka yang diketuai oleh cikgu Norbi dan dibantu oleh guru-guru penasihat yang lain. Sepanjang aktiviti yang dijalankan semua ahli memberi kerjasama yang baik serta melibatkan diri secara aktif dengan mempersembahkan di hdapan kelas.



Tujuan aktiviti ini ialah untuk mewujudkan kerjasama dikalangan ahli, menguji kemahiran dalam penyelesaian masalah dan memastikan ahli PBSM kreatif dalam mengendalikan sesuai masalah yang dihadapi.Aktiviti yang bermula pada jam 2.00pm dan berakhir pada jam 3.30pm dapat dijalankan dengan lancar.

Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini