SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG PBSM SKPTLDM....

AKTIVITI KAMI

BLOG PBSM SKPTLDM DALAM PROSES KEMASKINI...HARAP MAAF

AKTIVITI PERTOLONGAN CEMAS OLEH JURULATIH PBSM PERAK



18/04/2012 (RABU):- Pada hari ini PBSM menganjurkan aktiviti pertolongan cemas oleh penceramah jemputan iaitu Mr. Shamugam jurulatih PBSM Negeri Perak. Aktiviti ini turut disertai oleh semua unit uniform SKPTLDM iaitu pengakap, TKRS, PBSM dan puteri islam.

Aktiviti yang dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada semua peserta tentang bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan. Antara aktiviti yang ditunjukkan ialah seperti CPR, cara menggunakan kain anduh, merawat luka dan lain-lain lagi.


Sepanjang aktiviti dijalankan ia mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru penasihat dan ahli-ahli unit uniform. Dan diharap dengan aktiviti tersebut dapat dapat menambahkan lagi pengentahuan tentang pertolongan cemas kepada semua.





Mr.Shamugam menunjukkan cara CPR yang betul kepada peserta








Para peserta begitu khusyuk mendengar taklimat pertolongan cemas yang disampaikan oleh Mr.Shamugam.

AKTIVITI PBSM: Belajar Ikatan


04/04/2012 (Rabu): Aktiviti kali ini melibatkan cara membuat ikatan. 2 jenis ikatan yang di praktikkan iaitu ikatan buku sila dan ikatan tindih kasih. Sebelum pelajar membuat latihan amali, mereka terlebih dahulu diterangkan cara membuat ikatan tersebut oleh cikgu Norbi. Seterusnya pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang diketuai oleh guru-guru penasihat untuk membantu pelajar membuat ikatan dengan cara yang betul. Kesimpulan aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat ahli pbsm dan lebih kurang 85% ahli dapat melakukannya dengan betul. Untuk perjumpaan seterusnya akan akan diajar pula jenis ikatan yang lain.

Kerjasama antara pelajar dengan guru penasihat sangat baik dan mereka bersama-sama menjalankan aktiviti yang diadakan dengan penuh semangat.
Guru Besar En.Ramlan Bin Hussin juga turut memberi sokongan dan bantuan kepada ahli PBSM menjalankan aktiviti ikatan
Ahli PBSM tekun menjalankan aktiviti dan amali membuat ikatan buku sila dan tindih kasih
Pelajar menggunting dan menampal nota ikatan di dalam buku log masing-masing sebelum amali membuat ikatan dijalankan.

Semak Keahlian PBSM 2012 SKPTLDM

Untuk semak keahlian sila klik disini